Saturday, November 19, 2011

2: Selangkah Menuju Cinta


Cuti semester telah pun berkahir. Sebagai seorang yang bergelar pelajar university kini menjadikan aku lebih matang. Bukan kerana umur yang semakin meningkat, tapi kerana kehidupan yang aku lalui sepanjang belajar di sini telah mematangkan aku. Ragam orang sekeliling telah membuka mataku tentang kehidupan sebenar. Hakikat sebagai seorang yang bergelar manusia di dunia ini. Sesuatu perkara itu bukan hanya dapat dipelajari di dalam bilik darjah semata-mata namun melalui pemerhatian sekeliling juga kita dapat belajar sesuatu.

            “Oii Lyn, aku tengok sejak kau balik cuti ni, badan kau makin tembam la. Kau ni melantak je ke balik cuti hari tu?” Tegur Afikah merangkap teman sebilik aku selama dua tahun ini. Ika yang mengambil jurusan ekonomi itu memiliki wajah yang cukup ayu, kulitnya putih, matanya sepet, sekali pandang macam anak cina. Tapi sebenarnya tidak, mama dan papa Ika merupakan anak melayu jati. Mungkin masa mama dia tengah mengandungkan si Ika ni suka sangat tengok drama cina kot. Tu pasal la dapat anak pun muka dah rupa cina dah.

            “Yelah, aku balik kampung kerja aku makan je. Tu yang badan jadi macam ni.” Jawabku slumber.

            Aku tersenyum melihat wajahnya yang tengah khusyuk kupas buah mempelam yang aku bawa dari rumah. Dia yang sedar wajahnya asyik dipandang itu menoleh.

            “Kau ni kenapa. Tersenyum-tersenyum macam kerang busuk tengok aku. Aku tahulah kau tu jeles tengok wajah aku yang comel ni kan.” Sambil buat gaya budak bajet comel penuh mengadanya.

            “Perasan betol la minah sorang ni. Tapi betul, kau memang comel pun Ika. Kalau aku lelaki, dah lama aku buat kau jadi bini tau.” Sambil merenungnya dengan pandangan yang cukup menggoda.

            “Oii Lyn. Kau jangan nak buang tebiat kat sini. Meremang bulu roma aku tengok kau buat macam tu.” Ika buat gaya orang tengah geli-geli.

            “Kau jangan Lyn, pengsan juga aku kat sini. Dapat roommate baru la kau nanti.”

            Aku ketawa melihat gelagatnya, “Jangan nak merepek la Lyn. Aku taknak roommate baru. Aku dah selesa dengan kau. Kaulah kawan aku dunia akhirat. Aku gembira sangat dapat kenal kau.

            “Laa.. Tak payah la nak touching-touching beb. Aku pun dah selesa kawan dengan kau. Susah betul aku nak jumpa member yang sama geng yang kepala gila-gila macam kita ni.” Jawab Ika lagi.

            “Betul Ika. Tak ramai orang yang boleh tahan dengan perangai aku. Mereka cakap aku panas baran, tapi kau still boleh sabar dengan aku. Thanks Ika, sebab sentiasa ada di sisi aku di waktu susah dan senang.”  Ucapku lagi.

            “Aku pun sama. Dah-dah, kalau layan kau ni Lyn, sampai petang esok pun tak habis. Dah terbantut aku nak kupas buah ni. Dah la aku dah lama teringin nak makan ni. Nanti cakap kat mak kau terima kasih ya. Ingat juga mak kau kat aku ya.” Sambil tangannya mengupas kulit buah mempelam itu.

            “Itu lah, sibuk benar mak aku suruh bawa buah bagi kau. Dia cakap kau suka. Dah lama benar kau tak ikut aku balik kampong. Mak aku dah rindu kat kau.”

            “Yeke Lyn? Nanti lah bila ada cuti lagi, aku ikut kau balik. Aku teringin juga nak pergi sana lagi. Tenang je kampung kau tu kan.”

            “Eh mestilah, kampung aku kan. Tengokla siapa yang duduk sana.” Jawabku dengan gaya paling angkuh di abad ini.

            “Amboi.. Naik lif tekan sendiri nampak.”

            “Mestilah.” Aku mencelah.

            “Tak pernah lagi aku jumpa orang macam kau ni Lyn. Dah la perasan. Loyar buruk pula tu.” Ketawa kami pecah.

Telefon milik Afikah tiba-tiba berbunyi. “Hello..”

“Ya. Ma... Jadilah mama nak datang jumpa Ika next week ya?..  Okey ma..  Waalaikumusalam…” Talian dimatikan.

            “Mama aku nak datang next week.” Ujar Ika kepadaku.

            “Best la kau. Baru je minggu lepas kau balik, minggu depan mama kau datang lagi.”

            “Ehmm..” Jawab Ika sepatah.

            “Ika..”          
                                                               
            “Yup.. Apa? Tanya Ika.

            “Aku nak tanya kau sikit boleh tak?”

            “Kau nak tanya apa ni? Macam serius je aku tengok.” Afikah kehairanan.

            “Dah lama aku nak tanya kau sebenarnya. Aku pelik la macam mana muka kau lain dari mama dan papa kau. Muka kau ni macam chinesse look, sedangkan setahu aku mama dan papa kau takde keturunan cina kan.” Akhirnya soalan tu terkeluar jugak dari bibirku ini.

            “Entah la Lyn. Tak pernah terfikir la pula aku.”

            “Ika.. Jangan-jangan kau ni…” Belum pun sempat aku menghabiskan kata-kata tu, sebiji bantal jatuh tepat ke mukaku.

            “Amboi kau Lyn, tak sayang mulut nampak. Kau nak rasa makan selipar crocs aku ni ke. Kang ada yang tak makan nasi seminggu. Nak ke? Boleh je aku kasi. FOC.. Free of charge.      ” Balas Afikah dengan nada geram.

            “Woiit woiit.. Rileks la beb. Aku gurau jelah. Aku cuma musykil je. Jangan la pulak kau salah faham. Aku nak makan nasi la. Aku sanggup habiskan duit dalam tabung aku untuk beli nasi daripada makan selipar crocs free kau tu. Bukan boleh kenyang pun.” Balasku dengan harapan muka selamat daripada selipar tu. Bukan boleh pakai sangat si Ika ni.

            Afikah diam dan menundukkan kepala memandang ke katil. Aku menjadi serba salah. Tiba-tiba dia bersuara.

            “Kau betul Lyn. Aku pernah tanya papa pasal ni. Tapi dia cakap aku anak dia. Jangan nak ungkit pasal hal ni lagi. Sejak dari hari tu, aku tak pernah lagi tanya mama dan papa aku pasal ni.” Kata Ika perlahan.

            Aku dah mula tak tentu arah. Terasa diri bersalah dengan kata-kataku tadi. Benarlah kata orang, terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata padahlah yang diterima.

            “Ika, aku minta maaf. Aku tak ada niat pun nak buat kau sedih ataupun sakitkan hati kau. Aku tahu aku bersalah, aku terlepas cakap.” Rayuku sambil memukul mulut yang  tiada insurans tadi. Aku duduk bersebelahannya di atas katil dan menggenggam tangannya. Dek kerana mulutku yang tak reti nak berhenti bercakap, aku dah buat kawanku susah hati.

            “Janganlah macam ni, kalau kau masih tak nak maafkan aku, nanti aku bagitau si Helmi yang kau merajuk buat muka seposen kau tu. Aku suruh dia pujuk kau nanti ye. Aku tau dia sanggup lakukan apa je untuk buah hati pengarang jantung dia sorang ni. Aku telefon dia sekarang ek..” Sambil tangan menekan keypad mencari nama Helmi.

            Sekejap je handphone dah bertukar tangan.

            “Kau jangan nak mengada la Lyn. Jangan nak sebut nama mamat tu depan aku. Meluat aku dengan dia. Macamlah hensem sangat dia tu, ada hati nak jadi boyfriend aku. Boleh jalan la.”

            Ucapnya tanpa beselindung. “Kau pandai kalau nak kenakan aku kan. Ade je idea kau. Aku memang tak boleh nak merajuk lama-lama lah dengan kau ni. Kot ye pun nak pujuk aku, pujuklah dengan belanja McD ke, KFC ke, paling kurang pun kau pekena aku dengan Kenny Rogers ke. Ini tak, mamat Selenga tu jugak yang kau sebut. Naik loya anak tekak aku ni tau tak.”

            Helmi merupakan budak batch kami dan tinggal di kolej yang sama dengan kami. Cintanya kepada Ika tak pernah hilang sejak dari hari pertama mereka kenal. Aku masih ingat waktu tu.


1 comment:

fRaMe+LenSeS said...

Cinta buat kita belajar. tapi cinta juga perlu ditapis2 agar ianya tidak terlebih dari yang septutnya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Terpelihara

Ini adalah blog peribadi. Setiap karya dan penulisan dalam http://inilzazain.blogspot.com/ adalah hasil daripada penulis ini sendiri. Adalah tidak dibenarkan sama sekali digunakan oleh sesiapa untuk menggunakan bahan dalam blog ini di muat turun, dicetak mahupun dipaparkan dalam blog kecuali dengan keizinan penulis ini sendiri. Terima kasih dan Salam Sayang dari Inilza Zain.