Saturday, November 19, 2011

3: Selangkah Menuju Cinta



“Buta ke? Kau jalan mata letak kat mana hah??”  Kata Ika tiba-tiba.

            Aku berpaling ke arah suara itu. Kelihatan Ika tengah mengelap baju putih yang baru dibelinya kat SOGO minggu lepas yang terkena kuah gulai masak lemak cili api. Mulutnya bising memarahi budak lelaki di sebelahnya.

            “Awak.. Maafkan saya. Saya tak sengaja terlanggar awak tadi.”

            “Habis baju aku ni. Dah la warna putih, sekarang habis jadi warna kuning. Ni semua kau punya pasal. Jalan mata letak mana entah.” Bebel Ika,.

            “Saya betul-betul tak nampak awak tadi.”

            Aku berjalan menuju ke arah mereka.

            “Kenapa ni Ika?”

            “Kau tengok baju aku ni. Habis kotor. Mamat ni punya pasal la. Jalan tengok mana entah.” Rungut Ika lagi.

            “Dah la tu. Dia dah minta maaf pun kan.” Pujukku.

            Budak itu tunduk menahan rasa bersalah. Aku kemudian menarik tangan Ika pergi dari situ. Sebaik saja kami melangkah pergi. Tiba-tiba budak tu bersuara.

            “Awak nama apa? Nama saya Helmi.”

            Afikah tetap berlalu tanpa memandang wajah lelaki tadi. Aku senyum.
            Siapa tahu, rupa-rupanya sejak peristiwa itu, budak itu mula jatuh hati pada Ika. Tapi Ika masih tidak dapat menerima cintanya.

“Kau senyum-senyum pehal??” Tegur Ika tiba-tiba menghentikan lamunanku.

            “Ika, aku pelik la”

            “Apehal kau pelik tetiba lak ni?”

            “Takdelah, aku tengok si Helmi tu punyalah baik, tapi kau tak nak. Kesian aku tengok Helmi tu, sanggup tunggu kau berjam-jam depan kelas semata-mata nak bagi kau coklat Cadbury kegemaran kau tau.” Kataku sambil tersenyum apabila mengigatkan peristiwa itu.

            “Ah sudah la. Jangan nak merepek pasal dia lagi. Buat menyemak otak pikiran aku yang dah bersih ni dengan hal dia. Banyak lagi benda yang aku kena pikir.”

            Aku tersengih.
            “Yelah.. Yelah.. Aku tak cakap lagi.” Balasku mendatar.

            “Aku nak tanya kau ni haa.. Apesal aku tengok kau makin tembam je sejak balik cuti ni?” sambil mengembungkan mulut dan tangannya membuat gaya orang gemuk.

            Aku yang tadinya asyik kenakan orang akhirnya dah mula terkena.
            “Apa.. Aku dah gemuk ke Ika? Betul ke Ika? Nampak sangat ke?” Tanyaku menggelabah macam kucing hilang anak.

            “Mesti kerja kau kat rumah jadi ular sawa je kan. Makan, tidur, tengok tv. Lepas tu mandi, makan, tidur.”

            Aku mengangguk perlahan mengiakan apa yang diucapkan sebentar tadi.
            “See.. Kau tak cakap pun aku dah tau lah. Kau tak payah lah nak berselindung di sebalik wajah comel kau tu.”
            Ketawa kami pecah.

            “Tapi takpe Lyn. Aku suka tengok kau sekarang. Walaupun dah makin kembang aku tengok, tapi kau tetap maintain comel. Aku gembira tengok kau ketawa macam ni semula. Aku suka keadaan kau yang happy go lucky macam ni. Tak macam sebelum ni. Kau jadi pendiam. Hari-hari kau cuma bertemankan air mata.” beritahu Afikah.

            Aku diam seribu bahasa. Kemudian beralih mengambil tempat menghadap Ika.

            “Aku tau tu Ika, malah aku rasa macam orang bodoh pulak waktu tu, terlampau sangat ikutkan perasaan sehingga aku yang merana akhirnya. Hanya kerana seorang lelaki, aku jadi manusia yang buta hati. Tak nampak yang mana benar yang mana salah.” Ucapku dengan penuh rasa kesal.

            “Bila dah mabuk cinta Lyn, kita tak sedar, tidak Nampak dan tidak pasti. Yang kita nampak semuanya indah-indah je.” Terang Ika kepadaku.

            “Betul tu Ika, aku setuju sangat. Entahlah Ika,aku ni mudah lemah bila berdepan  dengan lelaki. Nak kata hati aku lembut tak jugak sebab semua orang tau yang aku ni memang keras hatinya. Tapi bila soal lelaki, aku jadi lemah.” Ucapku perlahan sambil tunduk dan memikirkan sikap sendiri.

            “Dah la tu Lyn, benda dah berlaku. Yang dah lepas tu, biarkanlah berlalu. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Aku percaya kau akan dapat seseorang yang lagi baik daripada dia suatu hari nanti. Percayalah.” Kata Ika sambil menepuk-nepuk bahuku.

            “Agak-agak kau la kan, aku akan dapat sebaik Helmi tak?” Soalku walaupun dah jelas terasa api yang makin marak menyala di wajah Ika.

            “Tak habis-habis dengan mamat selenga tu. Kalau kau dah syok sangat kat Helmi tu, kau boleh ambil lah. Aku pun tak hingin la.” Keras suaranya.

            “Masalahnya dia tu tak syok kat aku, dia angau dengan kau. Kalau dia minat kat aku, dah lama aku suruh dia masuk meminang aku tau. Tapi ada orang tu jual mahal.” Sengaja berkata seperti tu sebab aku tahu yang Helmi benar-benar ikhlas menyayangi Ika. Mungkin hati Ika belum lagi terbuka untuk menerima cinta lelaki itu.

            Aku percaya yang si Helmi takkan berputus asa dan akan terus berusaha untuk memikat hati si dara yang sekian lama bertakhta dihatinya.

            Begitu jugalah dengan aku, sejak peristiwa itu hitam itu berlaku, aku cuba menutup pintu hatiku terhadap lelaki. Bukan bermakna yang aku memilih untuk membujang sampai ke tua, tetapi peristiwa itu mengajar aku supaya lebih berhati-hati dengan insan yang bergelar lelaki.

            Hanya kerana pendustaan itu, aku serik untuk bermadu kasih lagi.


3 comments:

Unknown said...

salam ziarah inilza..

wah.. ada novelog.. kena save dalam draf nie... kalau baca dalam lappy mmg kurang masa...

minta izin safe ya..

Unknown said...

Wah ade novel
br wt blog eh

msredcheesecake said...

Ini blog novel ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Terpelihara

Ini adalah blog peribadi. Setiap karya dan penulisan dalam http://inilzazain.blogspot.com/ adalah hasil daripada penulis ini sendiri. Adalah tidak dibenarkan sama sekali digunakan oleh sesiapa untuk menggunakan bahan dalam blog ini di muat turun, dicetak mahupun dipaparkan dalam blog kecuali dengan keizinan penulis ini sendiri. Terima kasih dan Salam Sayang dari Inilza Zain.