Monday, November 21, 2011

5: Selangkah Menuju Cinta


"Uit Lyn, sorang je ke?” Tegur Nani yang dating entah dari mana mengejutkan aku yang sedang khusyuk minum sirap limau di bangku berhadapan dengan blok.

            “Kot ye pun bagilah salam dulu. Nasib baikla aku ni tak tersedak tahu tak. Apa punya perempuan la. Mengalahkan mat motor je gayanya.” Marahku.

            “Hoho.. Okey.. Okey.. Aku minta maaf. Assalamualaikum ustazah. Awak kat sini sorang-sorang je ke?” Perlinya sambil duduk bertentangan denganku di bangku batu tersebut.

            Sambil menghirup sirap limau, “ Macam tu la. Kan sopan camtu. Aku sorang la ni. Ada kau Nampak orang lain ke kat sebelah ni. Mata sudah empat pun talak nampak ka?” Jawabku selamba dengan gaya apek jual surat khabar kat tepi jalan Reko.

Biasalah orang melayu. Terlampau mesra alam sampaikan benda dah tahu pun kadang-kadang nak tanya lagi. Kadang-kadang kalau kat kampung tu, dah Nampak orang bawak balik cangkul tu, boleh lagi tanya..”Dari mana tu Pak Leman? Baru balik kebun ke?” Dah terang-terang bawa cangkul, mestilah balik berkebun. Takkan memancing pulak kan. Tapi itulah budaya orang melayu yang harus dipuji. Mereka bukannya apa, untuk merapatkan lagi silaturrahim.

“Eh minah ni. Emo terlebih la pulak. Aku tanya jelah. Mana la tau, aku kan dengar kau sekarang ni sedang asyik dilamun cinta dengan si Faiz tu. Kot la korang ada date kat sini ke jap lagi. Kan?” Soal Nani sambil senyum. Aku tahu dia cuma nak serkap jarang.

“Mana ada lah. Aku dengan Faiz tu kawan je. Kita orang kawan baik. Takde pape pun.” Balasku tenang sambil meneguk lagi sirap limau yang kalau sekali sedut  lagi memang dah kering. Cepat pula aku minum kali ni.

Aku kalau boleh memang akan menyangkal kata-kata itu. Aku memang nak rahsiakan hubungan kami ini. Aku sebenarnya takut untuk berdepan dengan kenyataan apabila suatu hari nanti, hubungan kami ini sampai ke penghujungnya. Macam yang selalu aku beritahu Afikah, aku takut bila ramai yang tahu hubungan cinta kami, mereka akan mula bercakap-cakap dan bercerita sana-sini.

Tapi apabila semuanya putus di tengah jalan, aku takut orang mula memandang serong kepada kami. Walaupun itu hanyalah perasaan ku, tapi hakikatnya aku takut semua itu berlaku. Sebab itulah aku lebih suka untuk merahsiakan hubungan kami ini,

Afikah menyokong pendirianku. Begitu juga denga Faiz. Dia menghormati keputusanku walaupun ia bertentangan dengan pendapatnya yang dia nak semua orang tahu, jadi takde siapa yang berani nak ganggu hak dia.

LYN, Iz nak bawa Lyn keluar makan esok.” Tanya Faiz suatu hari ketika kami duduk bersembang di tepi trek balapan di stadium setelah penat berjoging.

Aku memandangnya dengan wajah yang pelik.
“Tapi jangan risau. Iz dah pinjam kereta kawan. Iz tahu Lyn takkan setuju kalau kita keluar naik motor kan. Macam mana?” Tambahnya lagi sambil tersenyum. Senyuman yang telah membuatkan hatiku terpaut pada kali pertama dulu.

“Okey..”

“Nanti Iz jemput Lyn ya.”

“Pukul berapa?”

“Lepas asar. Dalam pukul 5.30. Iz tunggu depan blok Lyn ya.”

“Okey.”

“Thank you sayang. Ni yang makin Iz sayang dekat Lyn ni. “

Kemudian kami tersenyum.
“Sayang. Jom sambung jogging. Last round.” Ajaknya.

“Takpelah Iz, Lyn dah tak larat la. Iz jelah yang pergi.”Jawabku dengan nada yang penuh keletihan.

“Eii comel ni. Manjakan sangat badan tu. Baru empat pusingan dah cakap penat. Stamina belum kuat lagi tu. Sebab tu kena tambah lagi satu round.”

“Tak nak..” sambil menjelirkan lidah.
“Okey.. Kalau Lyn taknak, kena belanja Iz makan malam ni. Kalau taknak belanja, baik ikut Iz sekarang.”

Amboi. Ni dah terlebih ni. Siap main ugut bagai. Mana boleh macam ni. Poket sekarang tengah kering ni. Banyak duit keluar sebab beli laptop. Budak ni bukannya tahu makan sikit. Selera punya lah tinggi. Nak tak nak, terpaksalah aku angkat punggung dan teruskan larian mengejar Faiz yang berada di depan dengan senyuman nakalnya. Ketawanya kedengaran mungkin kerana helahnya menjadi.

“Iz. Tunggulah Lyn. Janganlah laju sangat.” Sambil berlari ke depan. Memang la ke depan, takkan berlari ke belakang.

Faiz senyum melebar sambil mengenyitkan mata kepadaku yang tergopoh-gapah berlari anak menuju kepadanya.

KAU nak ke mana ni Iz? Wangi semacam je. Habis sebotol perfume tu kau sembur.” Tanya Zul kepada Faiz yang sedang menyikat rambut di cermin kecil yang terletak pada loker bajunya.

“Aku nak keluar makan jap.” Jawab Faiz ringkas sambil membetulkan rambutnya yang disikat itu.

“Kau nak keluar date dengan si Fazlyn tu ke?” Teka Zul yang merupakan roommate kepada Faiz dan juga salah seorang teman rapat Fazlyn.

“Ha’ah. Kami nak keluar makan dekat Tasik Idaman. Kau nak join sekali?” Ajaknya sekadar ajak-ajak ayam. Buatnya si Zul tu nak ikut, ohh haru..

“Takpelah bro, malas aku nak kacau kau orang.” Jawabnya lemah.

Zul atau nama penuhnya Zulhadi menjadi serba salah untuk menegur Faiz. Tapi sebenarnya, dia tak mahu terlibat sama dalam penipuan Faiz ini. Fazlyn harus mengetahui hal yang sebenar. Namun, bila fikirkan yang dia juga kawan baik Faiz malah roomatenya, lebih baik dia tak masuk campur sahaja.

“Kau ni apehal, dah macam ayam berak kapur dah aku tengok dari tadi.” Tanya Faiz sambil menutu pintu lokernya dan bergrak ke meja study untuk menyusun buku-bukunya yang sedikit bersepah.
Memang diakui, Faiz seorang yang pembersih dan sukakan kekemasan.

“Aku nak tanya kau sikit ni. Kau betul-betul sayangkan si Fazlyn tu? Aku tahu yang Fazlyn memang sayang gila kat kau, tapi sekarang ni aku nak tau perasaan kau, hati kau.” Tanya Zul dengan terus-terang.

“Apa punya soalan la yang begitu tak mencabar ni. Aku ingatkan ada makhluk asing yang nak turun bumi ke, ada kucing bertelur ke sampaikan muka dah macam ayam berak kapur je aku tengok dari tadi. Rupanya duk sibuk fikirkan hal aku dengan Fazlyn. Zul.. Zul..

Aku sayang dial ah. Aku sayang sangat-sangat. Aku dapat rasakan kehadiran dia telah melengkapkan hidup aku. Aku bahagia sangat dengan dia. Kalaulah aku boleh jerit dekat dunia betapa aku mencintai dirinya, aku akan lakukan sekarang juga.” Jelasnya dengan penuh perasaan mengalahkan pencuri hati kelas pertama.

“Kalau kau betul-betul sayangkan dia, kenapa kau tai berterus-terang dengannya tentang Farhana. Aku bukannya nak jadi busybody, nak jaga tepi kain kau. Tapi aku rasa Fazlyn berhak tahu hal sebenar. Hati perempuan ni sensitif bro. Sekali dia terluka, susah nak pulih. Jangan sampai suatu masa, dia dah hilang kepercayaan pada kau, dia terus membenci kau. Aku tak nak dia terluka.” Jelas Zul.

Wajah Faiz terus berubah. Dia akui, memang dia bersikap tidak jujur dengan Fazlyn. Tapi dia takut kehilangan Fazlyn sekiranya dia berterus-terang. Tapi sampai bila dia harus begini. Cakap Zul ada benarnya, Fazlyn berhak tahu hal sebenar. Mungkin bukan sekarang.

“Aku tahu Zul. Aku pun kalau boleh tak nak tipu dia. Tapi aku betul-betul sayang Fazlyn tu, Farhana tu.. Kau pun  faham kan macam mana. Aku benar-benar tersepit.” Sambil mengeluh.

“Tapi nak tak nak, kau kena berani Faiz.” Sampuk Zul lagi.

“Buat masa sekarang, biarlah macam ni, asalkan dia tahu yang aku betul-betul sayangkan dia.” Jawab Faiz dengan keluhan yang berat.

bersambung....

1 comment:

Ati Masrif said...

salam,

tulis novel ke dik?


^_______^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Terpelihara

Ini adalah blog peribadi. Setiap karya dan penulisan dalam http://inilzazain.blogspot.com/ adalah hasil daripada penulis ini sendiri. Adalah tidak dibenarkan sama sekali digunakan oleh sesiapa untuk menggunakan bahan dalam blog ini di muat turun, dicetak mahupun dipaparkan dalam blog kecuali dengan keizinan penulis ini sendiri. Terima kasih dan Salam Sayang dari Inilza Zain.