Monday, November 21, 2011

4: Selangkah Menuju Cinta



Seminggu berorientasi memang meletihkan.Sudah menjadi satu aktiviti wajib apabila bergelar pelajar baru universiti. Minggu Mesra Mahasiswa (3M) ini adalah lebih kepada memperkenalkan universiti kepada pelajarnya. Adalah penting untuk mengenali tuan rumahnya jika bertandang ke rumah orang.

            Begitu jugalah kami yang baru melangkah ka alam kampus ni. Banyak yang telah dipelajari sepanjang minggu ini termasuk “usha”abang-abang senior yang hensem-hensem. Kalau dah nama pun perempuan, memang pantanglah nampak lelaki hensem ni. Kan?

            Suatu hari,ketika aku sedang menikmati makanan tengah hari di kafe kolej, dia terpandang sesuatu yang membuatkan hatinya tiba-tiba berbunga. Satu senyuman yang mampu mencairkan hati wanita.

            Sebuah senyuman terukir di bibir manisnya. Mata mereka bertaut, lalu jejaka di sebelah sana juga turut menghadiahkan senyuman.

“Ya Allah ! Dia senyum pada aku. Apa makna debaran ni? Jantungnya berdegup semakin kencang.  Macam baru sahaja buat 10 pusingan kat stadium. Aku malu. Aku tak boleh nampak gelabah. Aku kena control. Relaks Lyn.. Relaks.” Bisiknya di dalam hati.

Siapakah dia? Ingin sekali aku mengenalinya.Senyuman itu membuatkan dia lupa keadaan sekeliling. Ibarat jam dunia sedang berhenti berputar tatkala senyuman itu terpancar di wajahnya.  Hanya kerana dek senyuman itu, dia terlupa yang dia bukannya keseorangan makan di situ. Rupanya dia tak sedar yang tangan yang berisi nasi tu belum lagi disuapkan ke mulutnya.

Afikah yang menyedari sikap aneh aku itu menyiku lengan.
“Kau ni kenapa? Terlopong je mulut tu aku tengok. Nasib baik la takde lalat yang teringin sangat nak masuk . Kalau tak, ehmm makan nasi laut lalat la hari ni Lyn oii..” Katanya sambil ketawa.

Aku kembali ke alam nyata.
“Eh Ika. Lupa pulak aku kau pun ada kat sini.”

Balas Fazlyn sambil tersengih-sengih namun matanya masih menala kepada wajah tadi.

Ika yang ternyata idak puas hati dengan jawapan aku tadi terus menepuk bahunya.
“Kau ni pandang sape? Sampai nak terkeluar biji mata aku tengok. Tersengih-tersengih.” Sambil matanya memlilau mencari gerangan.

“Hahaha.. Memandai je kau ni kan. Eh Ikan, kau kenal tak mamat yang pakai baju biru tu?”

“Mamat mana lak kau ni. Kau tak Nampak ke berapa banyak mamat kat situ. Kau  explain biar jelas sikit boleh tak. Mananya dia?”

“Alaaa..Yang pakai baju t-shirt biru dengan seluar adidas. Orangnya takde la tinggi sangat. Haa.. Tu yang tengah ambil pinggan tu.”

Tunjukku  sambil mulut  memuncungkan ke arah lelaki yang telah membuatkan dia menjadi tidak keruan itu.

Ika yang sedari tadi tercari-cari gerangan lelaki yang digambarkan oleh aku tadi akhirnya bersuara.
“Oh budak tu, kalau tak salah aku, budak tu namanya Faiz. Senior kita setahun. Kiranya sekarang ni second year student la. Bakal cikgu kalau tak silap. Eh, kau pun ambil pendidikan kan Lyn?”

Aku sekadar mengangguk  menunjukkan faham dengan penerangan panjang lebar oleh cik Afikah Ibrahim sebentar tadi.

Kelihatan Faiz berjalan beriringan dengan seorang lelaki. Dia mengambil tempat di bahagian belakang sudut kafe. Aku dah mula cemas apabila mata mereka bertaut kembali. Lalu Fazlyn mengalihkan pandangannya ke luar kafe.

Jantungnya berdegup semakin kencang. Hatiku ingin sekali memandag wajah tadi. Ingin melihat senyumannya yang membuatkan hati wanitanya cair.

            Selesai membasuh tangan di sinki, Aku memandang sekali lagi mencari wajah itu tetapi sedikit hampa kerana dia tiada di situ. Mungkin terlebih dahulu pergi dari situ sebaik sahaja selesai makan. Orang lelaki memang biasanya cepat je makan. Lainlah perempuan, makan penuh sopan. Tak gitu?

Faiz bukanlah kategori lelaki hensem idaman semalaya macam Aoron Aziz, bukanlah sekacak Lee Min Ho yang menjadi pujaan gadis-gadis masa kini. Dia hanyalah lelaki biasa yang mampu membuatkan orang lain tenang hanya dengan senyuman yang dia miliki itu.

Ketika berjalan sendirian di fakulti, Aku merasa kurang senang. Seperti dirinya diperhatikan. Dia memandang sekeliling. Bukan apa, demi untuk keselamatannya juga. Namun, tiada sesiapa cuma beberapa orang guard yang meronda kawasan itu. Kemudian, dia baru perasan.

“Patutlah aku rasa lain macam. Tak pakai kad matrik rupanya. Nasib baiklah guard tu tak tahan tadi. Kalau tak free je kena warning.” Desis hatinya.

Derap langkahnya dilajukan semata-mata nak elakkan diri dari terserempak dengan guard tadi. Dalam keadaan tergesa-gesa tu, netah macam mana dia langgar seseorang. Habis barang berterabur jatuh ke tanah.

“Hishh.. Macam mana la aku boleh tak perasan ada orang ni. Buat malu jelah. Jatuh la saham aku kali ni.”

Dalam keadaan macam ni pun, dia masih lagi fikir pasal saham dia. Apa punya perempuan daa..

Tanpa memandang wajahnya, Aku terus memohon maaf.
“Err.. Saya.. minta maaf.. Saya tak perasan ada orang tadi. Saya nak cepat, nak kejar bas.”

Arghh.. kelentong jelah. Bukannya dia tahu pun. Dengan muka rasa bersalah, dia memandang orang yang dilanggarnya tadi.

Alamak!!!! Dia lahh…
Aku dah mula tak tentu arah. Mana taknya, dia dah langgar orang yang buatkan tidur malamnya terganggu gara-gara senyuman yang dimiliki olehnya itu.

Lelaki itu masih lagi tenang malah masih mampu menolongnya mengangkat buku-buku yang berterabur itu.

Sambil menghulurkan buku kepada Fazlyn dia berkata. “ It’s okay. Bukan kena langgar dengan kereta pun kan. Kena langgar dengan awak je pun. ”

“Sorry tau.” Ujarku

“Macam pernag tengok je awak ni. Kalau tak silap, awak ni tinggal kat Kolej G kan?” Tanya dia sambil menghadiahkan senyumannya itu. Oh no !! Not again.

 “Ha’ah. Saya kolej G. Dua tiga hari lepas kita ada terjumpa kat kafe kolej. Bukan jumpa, tapi senang cerita ternampak la.” Jelasku tanpa berselindung.

“Ya.. ya.. Patutlah macam familiar je muka. Saya Faiz. Tahun dua, Pendidikan Pengajian Islam. Awak?”

Bas kemudian berhenti di bus stop. “Saya Fazlyn. Okeylah, bas dah sampai. Saya balik dulu yer. Sorry pasal tadi.”

Aku berlalu pergi. Yang pasti, ada yang tidur mimpi indah malam tu.

Kehidupan sebagai penghuni kolej kediaman memerlukan seseorang itu melibatkan diri secara aktif dalam setiap program yang dianjurkan. Aku dan Afikah pun tidak terkecuali. Kami menjadi salah seorang ahlijawatankuasa untuk Program Meniti Sinar yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan Pelajar

Suatu malam, selepas meeting jawatankuasa program, sedang asyik bersembang dengan Afikah. Tiba-tiba ada sms masuk.

~Salam. Ni Fazlyn ke?~

Aku baca sms tu berkali-kali.
“Sape pulak yang hantar sms ni. Dahla takde nama pengirim. Siap tahu nama aku lagi.” Bisik aku sendirian.

Lama jugalah aku duk belek-belek nombor tu. Tapi malangnya, aku tak dapat nak kenal pasti.
“Ika, kau pernah tengok nombor ni? Kau tahu tak nombor sape?” Tanya aku ingin mendapatkan kepastian sambil menunjukkan nombor tadi kepada Afikah.

“Entahla Lyn, tak pernah la pulak. Dalam henpon aku pun takde nombor ni. Secret admire kau la tu kot.” Sambil ketawa.

Aku dalam dilema sama ada untuk balas kiriman itu ataupun tidak. Lama aku biarkan sms tu tak berbalas. Disebabkan aku curious sangat nak tahu, lebih-lebih lagi si pengirim ni siap tahu nama aku lagi. Aku ambil keputusan untuk balas.

            ~Yer saya. Sape ni?~

~Ni Faiz. Lyn marah ke kalau Iz tahu nombor Lyn ni. Kalau Lyn marah, Iz nak delete sekarang. ~

What?? Dia panggil aku Lyn. Dia bahasakan diri dia Iz. Faiz? Bukankah dia orang yang sama yang memiliki senyuman itu. Aku tersenyum sendirian. Macam tau-tau je orang panggil aku Lyn.  Aku balas sms tu lagi.

~Eh takpelah Iz, lagipun Iz dah tahu pun kan. Takkan nak delete pulak. Tapi mana Iz dapat nombor Lyn ni?~

Elehhh.. Macam la kalau aku suruh delete pun dia delete. Bukannya aku tahu pun. Cettt..

~Hehe. Iz minta dengan Fendi, pengarah program Meniti Sinar. Iz cakap Iz nak bincang something dengan Lyn pasal program. Lyn tak marahkan?~

~Tak pun.~

Pada malam tu, kami berbalas sms sehingga larut malam.
Pagi tu, hatiku berbunga riang. Ingin sekali aku menatap wajahnya. Tapi harapanku musnah hancur berkecai. Jangankan batang hidung, bayangnya pun aku tak nampak.

Sejak hari itu, kami sentiasa berhubung. Dia sentiasa menghubungiku. Aku menjadi bahagia bersamanya. Kalau sehari tidak berhubung, aku menjadi resah. Semua kerja yang aku lakukan serba tak kena. Adakah ini yang dinamakan rindu. Atau benarlah kata Ika yang aku kini terkena demam rindu?

Walaupun dia tidak hensem di mata orang lain,  tapi kerana senyumannya dan sikap yang suka mengambil beratnya itu membuatkan aku senang berkawan dengannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan silih berganti. Hubungan kami semakin akrab. Suati malam, aku dikejutkan dengan satu sms yang tak pernah aku duga.

~Hai sayang. Dah tido?~

~Belom. Iz?~

~Iz pun belom. Iz rindukan Lyn la.~

~Eee.. Mengada tau. Sepak baru tau.~

~Eh, ada hati nak sepak Iz ye. Gigit kang. ~

~ Smiley jelirkan lidah.~

~Lyn, sebenarnya Iz nak beritahu Lyn something. Tapi Iz tak tahu macam mana nak cakap. Tapi macam mana pun, Iz kena beritahu jugak !~

Aku dah makin pelik. Dah la tadi bersayang-sayang dengan aku.

~Iz nak cakap apa ni?~

~Iz sebenarnya… Iz.. Suka… kan.. Lyn… Huhuhu.. Malunya.. Tapi Iz taknak sorok. ~

Hampir terlepas handphone di tanganku. Aku hamper terjerit. Nasib baiklah Afikah yang tengah tidur tu tak terjaga. Walaupun hatiku jelas melonjat gembira, tapi aku tak tahu apa yang patut aku lakukan. Lalu ku biarkan sms tu tak berbalas.

Keesokan harinya, aku mendapat panggilan darinya.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumusalam..”

“Lyn dah makan?”

“Dah tadi. Iz?”

“Iz pun dah. Lyn…”

“Yup..”

“ Lyn, Iz nak minta maaf pasal semalam. Iz tahu tindakan Iz hantar sms macam tu memang agak terburu-buru. Tapi Iz taknak sorok. Iz taknak Lyn terlepas kat tangan orang lain kalau Iz tak cakap sekarang. “

Aku masih mendiamkan diri.

“Iz tak kisah apa jawapan Lyn sekalipun. Yang penting Iz dah luahkan segalanya yang terpendam dekat hati Iz ni. Iz dah mula sukakan Lyn masa pertama kali Iz tengok Lyn kat kafe dulu. Iz terus sukakan Lyn. Sekarang Iz dah rasa lega sebab dah luahkan segalanya. Macam yang Iz cakap tadi, Iz tak kisah apa pun jawapan Lyn. Iz terima.”

Aku menjadi serba salah. Sejujurnya aku tak pernah melalui semua ni. Terasa macam berada di awang-awangan pun ada bila dapat tahu orang yang kita suka pun merasa benda yang sama. Ingin sahaja aku menjerit kepada dunia yang I’m in love.

“Lyn..”

Kedengaran suara di hujung sana.

Aku beranikan diri untuk mengatakan sesuatu.

“Iz.. Sebenarnya.. Lyn pun sukakan Iz. Sejak pertama kali Iz senyum pada Lyn tu, Lyn dah jatuh cinta dengan senyuman Iz.”

“Betul ke apa yang Lyn cakap ni? Iz nak tanya lagi sekali. Betul ke Lyn pun sukakan Iz?” Tanyanya ingin mendapatkan kepastian mungkin.

Muka aku merona kemerahan. Nasib baiklah kami Cuma bercakap melalui handphone, kalaulah face to face, mana la agaknya aku nak sorok muka menahan malu ni. Aku tersenyum lagi.

“Betul Iz, Lyn memang sukakan Iz. So?”

“So you’re my love. Thanks sayang. I’m really happy. Iz betul-betul tak sangka yang Iz dah jumpa orang yang Iz cari selama ni. I’m so in love dear.” Ucapnya penuh keriangan.

Sejak itu, kami sering dilihat makan bersama. Hubungan kami ini akhirnya dibau oleh teman-teman. Namun, kami seboleh mungkin ingin merahsiakan hubungan kami ini. Cuma teman-teman rapat sahaja yang mengetahui kisah sebenar hubungan kami. Walaupun berkali-kali Faiz mahu hubungan kami ni diketahui umum, tetapi aku tetap dengan pendirianku untuk merahsiakannya. Faiz menghormati keputusanku itu.

            Suatu petang, “Lyn, kita keluar jalan-jalan nak tak?” Soal Faiz.

            “Jalan-jalan ke mana?”

            “Tak kisah ke mana pun. Makn kat luar ke. Tengok wayang ke. Shopping ke. Nak tak?”

            “Kita nak naik apa?”Tanyaku pula.

            “Dengan motor Iz ni la sayang.” Sambil menunjukkan motor LC kesayangannya itu.

            “Taknak la Iz. Tak elok kan kita naik motor bersama. Lagipun mak Lyn selalu pesan, jangan naik motor dengan lelaki.” Balasku tenang.

            “Okey. Kalau Iz pinjam kereta kawan, dan kita keluar boleh?”

            “Tengoklah dulu macam mana.”

            Memang aku akui, semenjak kami melafazkan kata cinta, kami tak pernah keluar bersama, Setakat makan kat kafe bersama tu pernah la. Tapi tak pernah sekalipun kami dating macam pasangan kekasih yang lain.

            Aku masih ingat pesan mak agar jangan bercinta ketika masih belajar. Nanti belajar entah kemana, asyik sibuk sangat bercinta. Tapi aku dah melanggar pesanan mak. Aku bercinta dengan Faiz di awal semester pertama lagi. Tanpa pengetahuan emak. Sedangkan aku bukanlah seorang yang perahsia dalam keluarga tu. Atas kesalahan itu, aku tak berani untuk berterus terang. Mungkin belum masanya lagi.

            Bagi aku, bercinta tak semestinya perlu keluar dating, duduk berduaan di tepi pantai, dalam panggung wayang, jalan berpimpin tangan di shopping mall tanpa arah tujuan. Tak perlu semua tu, asalkan masing-masing jujur dan saling mempercayai. Itu dah memadai. Tak perlu menghalalkan yang sesuatu yang jelas kelihatan haramnya.

bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Terpelihara

Ini adalah blog peribadi. Setiap karya dan penulisan dalam http://inilzazain.blogspot.com/ adalah hasil daripada penulis ini sendiri. Adalah tidak dibenarkan sama sekali digunakan oleh sesiapa untuk menggunakan bahan dalam blog ini di muat turun, dicetak mahupun dipaparkan dalam blog kecuali dengan keizinan penulis ini sendiri. Terima kasih dan Salam Sayang dari Inilza Zain.