Tuesday, December 20, 2011

8 : Selangkah Menuju Cinta


Hubungan aku dengan Faiz semakin dicemburui teman-teman rapatku. Walaupun kami jarang bertemu atau berdating, tetapi kami sentiasa berhubung antara satu sama lain. Dalam tak sedar, hubungan kami hampir 2 tahun. Begitu cepat masa berlalu.

Suatu malam, Faridah datang ke bilik aku. Sudah menjadi kebiasaan bagi warga asrama untuk berkunjung ke bilik rakan untuk bersembang habiskan masa dan jajan yang memang menjadi kegemaranku sejak dari dulu lagi. Kunjungan malam itu bukanlah seperti kunjungannya yang sebelum ni kerana kali ini, Faridah datang dengan membawa satu berita yang kurang menyenangkan gegendang  telingaku.

“Ooii Lyn, aku dengar si Faiz tu dah ada awek, betul ke?” Tanya Faridah yang entah dari mana dapat berita tu mengalahkan astro Awani punya berita.

“Entahlah Eda, aku pun tak tahu lah pulak si Faiz tu dah ada awek. Yang kau duk Tanya aku ni kenapa. Kau pergilah Tanya mamat tu sendiri.” Jawabku sambil tersenyum-senyum yang kononya akulah yang dimaksudkan Eda tu.

“Alah.. Aku tanya kau sebab aku tahu kau kan rapat dengan dia. Manalah tau kot-kot dia ada cerita pasal awek dia tu. Aku dengar-dengar la orang duk cakap awek dia tu teman sekampung dia. Tapi tak tahulah betul ke tak kan. Aku cuma dengar kawan-kawan duk bercerita je kat kelas tadi.”

Wajahku mula berubah, sangkaanku yang awek Faiz adalah aku tu salah. Tapi ternyata, tekaanku itu meleset. Siapa gadis yang dimaksudkan oleh Faridah tu? Aku perlu mendapatkan penjelasan dari Faiz.

Perbualanku dengan Faridah berakhir di situ. Afikah kebetulannya pulang ke rumah malam itu. Aku keseorangan di bilik. Malam tu juga, aku bertekad untuk bertanyakan hal yang sebenar kepada Faiz. Sejak kedatangan Faridah, fikiranku menjaditidak tenang. Aku asyik memikirkan siapakah gerangan gadis itu. Adakah benar ataupun hanyalah gossip semata-mata.

Kemudian, aku mencapai handphone lalu menghubungi Faiz.
“Iz.. Tadi Eda ada datang bilik Lyn. Dia sibuk duk tanyakan pasal Iz. Prihatin benar dia dekat Iz kan.”

“Sayang, apa yang awak duk merepek ni? Sayang cemburu eh?”

“Takdelah. Jangan harapla Lyn nak jelez okey. Haa.. Tadi kan, Eda ada cakap yang Iz dah ada awek. Teman sekampung Iz pulak tu. Betul ke Iz?” Tanyaku tanpa berselindung pape.

Talian di sebelah sana tiba-tiba sepi tanpa suara. Aku menjadi hairan. Dah putus ke?

“Iz.. Iz dengar tak Lyn tanya ni? Iz.. Iz..” panggilku. Kemudian,kedengaran suara sebelah sana.

“Lyn, Iz nak minta maaf dengan Lyn, Iz tak berniat nak tipu Lyn.”

Jawapannya itu membuatkan kakiku lemah, tubuhku longlai. Apakah makna jawapannya itu. Bukankah bererti yang apa yang aku dengar dari mulut Eda adalah benar belaka. Aku terdiam. Lidahku kelu, walaupun ketika itu terlalu banyak yang ingin aku ucapkan kepadanya, namun mulutku terkunci rapat bagai digam dengan gam cap gajah.

“ Lyn, dengar dulu penjelasan Iz.. Iz bukan sengaja nak rahsiakan perkara ni dari Lyn, Iz tersepit. Iz tak boleh nak buat pape. “

Suaranya masih lagi di hujung talian. Aku? Aku juga masih lagi di sana. Duniaku menjadi gelap serta merta. Aku tak sanggup nak menyahut sebarang pertanyaannya. Makin lama, suaranya kedengaran makin jauh. Aku terus menekan butang merah dan tanpa disuruh, sinar jernih keluar dari kelopak mata. Aku menukar mode telefon kepada mode senyap.

Dalam diam, aku menangis. Menangisi akan nasib diri yang ditipu bulat-bulat oleh kekasih hati sendiri yang selama ini berjanji untuk sehidup semati. Malam itu, aku tidur bertemankan air mata. Entah jam berapa aku terlelap, aku sendiri tidak pasti.

Pagi itu, bila bangun je dari tidur, mataku bengkak. Jika rakan yang lain tengok, sudah pasti mereke sendiri dapat meneka yang aku menangis malam tadi.

Usai solat subuh, aku mengambil telefon dan melihat terdapat 40 missed call dan 20 sms dari Faiz. Aku membacanya satu persatu.

~syg.. I’m sorry.. Maafkan Iz yer..~

~Syg. Dgr dulu penjelasan Iz.~

~Lyn.. jawablah panggilan Iz~

~Maafkan Iz~

~Iz tak sengaja tipu Lyn. Iz tersepit~

~Syg. Pleaseeeee!!~

            Aku membiarkan semua sms tu tak berbalas. Walaupun hati terlalu ingin mengetahui akan hal yang sebenar, namun aku sendiri tak sanggup nak mendengar penjelasan dari Iz seandainya penjelasan itu begitu menyakitkan hati. Aku tidak sanggup.

                Dua hari aku mendiamkan diri dari Iz. Aku membiarkan semua pangilannya tak berjawab, Sms nya tak berbalas. Aku tidak bertemu dengannya walaupun ketika makan di cafe. Sungguh aku masih lagi belum bersedia untuk mendengar penjelasan darinya.

“Lyn..Aku rasa kau kena dengar penjelasan dari Faiz dulu. Kau tak boleh macam ni. Kau kena dengar dulu apa Faiz cakap, jangan kau seksa diri kau macam ni. Aku kesian tengok kau. Dulu kau tak macam ni. Dulu kau happy je. Tapi sekarang tengoklah, kau monyok je. ” Tegur Ika suatu hari .

     “Entahlah Ika, aku takut nak hadapi hakikat sebenar. Aku takut kalau hempedu yang akan aku kena telan nanti.”

            “ Kau tak boleh cakap macam ni. Kau belum tahu kebenarannya. Jadi belum pasti benda tu madu atau hempedu. So please Lyn, dengar dulu penjelasan Faiz.” Jelasnya lagi bersungguh-sungguh.

Aku termenung sendirian. Buku di atas meja study itu langsung tidak ku sentuh. Apatah lagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah itu. Aku memandang tepat ke arah teddy bear hadiah daripada Faiz ketika hari lahirku yang lepas. Benar kata Ika, aku perlu dengar penjelasannya. Walaupun pahit yang terpaksaku telan, aku terima.

            Petang itu, aku bertemu dengan Faiz. Apabila sampai di kerusi batu belakang cafĂ©, aku melihat dia duduk di situ sambil termenung jauh. Dia berpakaian agak ringkas dengan seluar track bottom dan t-shirt berwarna putih. Kelihatan kemas walaupun ianya agak simple.

            Aku tiba di sana dan mengambil tempat di hadapannya. Aku duduk tanpa memberikan sebarang senyuman pun kepada dia. Masing-masing diam. Mungkin tak tahu siapa yang patut mulakan dulu. Aku memandang jauh ke arah manusia yang lalu lalang di situ langsung tidak mempedulikan dia dihadapan ku ketika itu.

            Kemudian, Faiz mula bersuara. Akhirnya, suara yang ku rindui itu kedengaran jua.
            “Lyn.. Iz tahu Lyn marahkan Iz. Tapi, Iz harap Lyn dengar dulu penjelasan dari Iz. Jangan seksa Iz macam ni Lyn.” Ucapnya.

            “Itulah sebab kita berada kat sini petang ni Iz. Lyn nak dengar penjelasan dari Iz. And you can start your explanation now Iz” Jawabku.

            “Ya. Memang benar apa yang Lyn dengar daripada Eda. Iz dah ada awek, teman sekampung Iz. Tapi Iz tak sayangkan dia macam Iz sayang Lyn. Kitorang kenal sejak dari tingkatan 4 lagi. Dulu memang Iz sayangkan dia, tapi sekarang Iz dah ada Lyn. Lyn lagi memahami Iz berbanding dia. Lyn dengan dia berbeza. Dia suka mengongkong Iz. Iz dah takde perasaan pada dia lagi. Iz sayangkan Lyn.. Tapi…” kata-katanya terhenti di situ.

            “Tapi apa Iz?”

            “Tapi Iz tak boleh nak putus dengan dia. Kedua-dua family harapkan kami bersama. Mak dan ayah Iz pun dah kenal dia, family dia. Iz tak boleh buat pape Lyn, Iz tersepit. Iz sayangkan Lyn. Iz tak nak kehilangan Lyn”

“Tapi sampai bila Iz kita nak macam ni. Lyn tak rasa pun hubungan kita ni akan sampai ke mana. Walaupun Iz sayangkan Lyn, tapi family Iz harapkan Iz dengan budak tu kan. So?”

“Iz tahu. Tapi Iz tersepit Lyn. Harap Lyn faham. Iz tak nak kehilangan Lyn.” Ucapnya dengan nada merayu. Kelihatan matanya mula berkaca.

“Macam nil ah Iz. Lyn bagi Iz masa untuk buat keputusan. Iz boleh pilih sama ada Iz nak dia mahupun Lyn. Hope by tomorrow, I’ll get my answer. Jangan hubungi Lyn selagi Iz takde jawapannya.” Aku memberikan kata putus. Walau apapun yang berlaku, aku mesti dapatkan jawapannya. Aku tak meletakkan harapan yang tinggi namun aku masih berharap akulah yang akan jadi pilihannya nanti.

            Aku bangun lalu meminta diri untuk pulang. Sebelum kami berpisah, aku sempat bertanya kepadanya, “Iz, kenapa masa mula-mula kita kenal dulu Iz tak pernah ceritakan pasal ‘dia’?”

            “Sebab Lyn tak pernah tanya. Lagipun, Iz memang nak lupakan dia. Cuma Iz tak boleh. Iz tersepit.”
            Aku berlalu meninggalkannya yang kelihatan mengeluh di atas kerusi batu itu. Mungkin aku telah meletakkan dia pada tahap yang kerana terpaksa membuat pilihan seperti ini.

            Di dalam bilik, Afikah kelihatan khusyuk sedang melayan drama korea yang tengah famaous sekarang iaitu drama Dream High. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik, dia menoleh ke belakang dan memandangku dengan seribu persoalan di wajahnya.

            “Macam mana, kau dah jumpa Faiz? Dia cakap apa?” Tanya Ika.

            “Dah.” Jawabku sepatah. Aku terus duduk di atas katil dan dalam diam, air mata mula mengalir. Aku tak dapat menahannya lagi. Ika dating duduk di sebelahku dan memegang tanganku.

            “Ceritalah Lyn, aku kenal kau. Kau tak boleh simpan kesedihan kau ni. Kau luahkan pada aku, aku sedia mendengarnya. Kita dah lama kenal kan.” Pujuknya.

            “Aku dah tanya dia Ika. Benar apa yang aku dengar dari Faridah. Dia tipu aku. Dia memang dah ada kekasih sebelum ni. Aku tak sangka aku ditipu hidup-hidup Ika. Diorang dah bercinta sejak dari tingkatan 4 lagi. Lama tu Ika berbanding dengan hubungan aku dengan dia. Aku dah buat keputusan, aku minta dia buat pilihan samada mahukan aku atau perempuan tu. Aku tak kisah apa yang berlaku lepas ni Ika. Aku pasrah.” Terangku sambil menangis dan terus memeluk Ika. Dialah tempat aku meluahkan segala-galanya. Di saat aku susah, senang. Ika sentiasa ada di sisi aku.

            Dua hari aku tidak mendapat sebarang berita dari Faiz. Sukar agaknya nak buat pilihan. Sedang asyik aku menyiapkan tugasan yang diberikan, telefonku tiba-tiba berbunyi. Nama “spongebob” tertera di skrin telefonku. Dengan penuh debaran, aku menekan butang yang berwarna hijau.

            “Assalamualaikum..” kedengaran suara di sebelah sana.

            “Waalaikumusalam..” Jawabku sepatah.

            “Lyn sihat? Iz dah ada jawapan untuk soalan Lyn”.

            “Sihat. Baguslah Iz. Dah lama Lyn tunggu jawapan dari Iz.”

            Namun, agak lama dia menyepi. Tiada sebarang suara dan bunyi. Aku yakin yang dia masih berada di sana. Mungkin dia tak tahu macam mana mahu memulakannya. Kali ini aku betul-betul pasrah ya Allah. Apapun keputusannya, aku terima. Aku anggap ini takdirMu ya Allah. Aku memejam mata rapat-rapat.

            “Lyn.. Iz nak minta maaf. Iz betul-betul sayangkan Lyn, tapi Iz terpaksa. Iz tersepit antara family dan hati Iz sendiri. Iz tak boleh nak kecewakan mak. Iz kenal mak Iz, bila mak dah cakap hitam, maka hitam lah. Takkan jadi putih lagi Lyn. Lagipun, mak yang besarkan Iz selama ni. Tak mungkin Iz akan abaikan dia. Iz minta maaf.” Terang Faiz.

            “Takpelah Iz, itu pilihan Iz. Lyn terima dengan hati yang terbuka. Lyn anggap itu semua takdir Tuhan. Cuma Lyn kecewa dengan sikap Iz yang tak berterus terang. Hubungan yang kita bina tiada kejujuran sejak dari awal lagi Iz. Lyn paling tak suka penipu Iz. Tapi nak buat macam mana, semua dah berlaku.” Ujarku lagi.

            “Lyn, jangan perli Iz macam tu. Iz tahu salah Iz dan Iz dah minta maaf kan. Iz tak harap hubungan kita akan berakhir macam ni. Iz harap, lepas ni kita still kawan. Jadi kawan yang macam mula-mula kita kenal dulu. Boleh janji dengan Iz?”

            “Entahlah Iz, Lyn tak janji yang kita masih boleh jadi macam dulu. Lyn tak janji.” Jawabku. Aku sendiri tak pasti samada aku masih boleh menganggapnya kawan seperti sebelum ni dengan apa yang telah dia buat, aku tak pasti. Aku tak mampu. Biralah masa yang menentukannya.

            “Iz faham kalau Lyn tak nak berkawan dengan Iz. Iz tahu Iz langsung tak layak di maafkan.”

            “Entahlah Iz, berikan Lyn masa. Walau apapun, jagalah dia dengan baik. Lupakanlah hubungan yang pernah kita bina ni. Sayangilah dia dan jangan sakiti hatinya. Jangan buat dia macam apa yang Iz dah buat dekat Lyn.”

            “InsyaAllah. Terima kasih Lyn. Sekali lagi maafkan Iz.”

            Aku mengesat air yang mula mengalir tanpa disuruh itu sambil berkata, “Okeylah Iz, thanks for everything we had together till this time. Take care.

            Kedengaran esakan di hujung talian. Faiz juga sebak barangkali. “Baiklah Lyn, Lyn pun jaga diri tau. Kalau sakit, jangan lupa makan ubat. Makan nasi tu banyak-banyak tau. Iz akan rindukan pipi comel Lyn tu. Take care sayang. I’m gonna miss you.

            Perbualan kami berakhir di situ. Dengan panggilan dari Faiz itu, maka  I’m officially single.

            Sebuah hubungan yang aku bina hampir 2 tahun itu akhirnya lenyap begitu sahaja. Benarlah kata orang tua, hubungan yang bermula tanpa kejujuran, takkan ke mana.

            Tiba-tiba..

bersambung.....

p/s: Maaf andai kekurangan. Saya budak baru belajar menulis.

Saturday, December 17, 2011

7 : Selangkah Menuju Cinta


Aku masih lagi blur. Terkejut dengan tindakan Faiz itu.
Faiz tiba di pentas Dj, membetulkan stand mikrofon dan cakap sesuatu kepada Dj itu. Dj kemudian mengangguk.

“Saya ingin nyanyikan sebuah lagu yang ditujukan khas buat pasangan saya pada malam ini, Fazlyn.” Sambil tangan menunjukkan ke arah ku.

“Terimalah, Ku ingin kamu daripada Bad Romance.” Sambungnya lagi.
Kemudian, kedengaran Faiz mengalunkan lagu.

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Ku ingin kau jadi milikku
Ku ingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku
Hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani... 

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani... 

Satu perasaan hadir di sanubariku. Terasa begitu bahagia sebab inilah pertama kali seseorang menyanyikan lagu untukku. Hatiku melonjak girang. Tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Aku tersenyum kepadanya. Begitu juga dia. Sesekali pandangan kami bertaut, dan tersenyum. Aku terpegun melihat keasyikannya menyanyi. Walaupun suaranya tidaklah semerdu Anuar Zain, selunak Justin Biber, tapi cukup untuk menghiburkan hati semua.

Dia menyambung nyanyiannya.

Di setiap alir darahku
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani... 

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Ku ingin selalu menjagamu[ulang 4x]

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas

Selesai sahaja membuat persembahan, semua orang bersorak dan bertepuk tangan. Faiz kembali ke meja kami sambil tersenyum meleret.

“Okey tak Iz nyanyi tadi? I can see you’re melting just now.” Katanya sambil ketawa.

“Eleh. Perasan la pulak Iz ni. Honestly not bad. Tapi belum sampai tahap boleh buat album lagi. Mungkin kalau Iz buat album, syarikat rakaman tu akan gulung tikar terus. Hahaha.” Gurauku.

“Ohh.. Pandai kenakan Iz ya. Mengaku jelah yang Lyn pun sebenarnya jatuh cinta kali kedua dekat Iz kan.”

“Kenapa kali kedua?”

“Sebab kali pertama Lyn jatuh cinta pada senyuman Iz. Kan?”

“Mana ada…”

Muka aku dah merona kemerahan. Kalau lah dia boleh Nampak degupan jantungku sekarang, mesti persoalannya tadi dah terjawab.

“Dari renungan mata Lyn masa Iz kat atas pentas tadi pun, Iz dah tahu. You can lie to me but not your eyes sayang.” Usiknya.

Aku menjadi makin tak keruan. Memang aku akui, aku sudah jatuh cinta kali kedua kepadanya. Aku memang tak boleh menipu diri sendiri. Sebabnya aku tak pandai menipu. Dan sebab itu jugalah aku paling benci kalau ada orang yang menipu aku. Pantang datuk nenek aku kalau ada yang bersikap tidak jujur kepadaku.

“Dah la Iz, kita makan jelah. Nasi pun dah nak sejuk ni. Tak payah nak usik Lyn sampai macam tu sekali. You know me better right. I can’t make any lies and I also hate liars.” Sambil menyuapkan nasi ke mulut.

Faiz tersenyum. Dia juga mula menikmati hidangan di meja kami.
Kami makan dengan penuh selera. Berbaloi dengan harga dan servis yang diberikan, sangat berpuas hati.

“Kenapa tak makan habis ikan tu sayang?” tanya Iz sebaik sahaja lihat masih ada separuh lagi ikan cencaru dalam pinggan aku.

“Lyn tak suka ratah. Nasi dah habis so Lyn pun tinggal je lah ikan ni.”

“Iz habiskan ya? Tak elok membazir. Buat rugi je bayar mahal-mahal.”

“Ehmm.. Okey.” Sambil menghulurkan pinggan kepadanya.

Melihatnya makan membuatkan aku makin kagum dengannya. Tiba-tiba dia memandangku.

“Kenapa pandang Iz? Iz tahulah Iz ni hensem?”

“Perasan..”

Dia tersenyum. Aku pun.

Akhirnya, kedua-dua pinggan dah licin. Benar kata Faiz. Rugi je bayar mahal-mahal tapi makan tak habis pun.

Faiz menuju ke kaunter pembayaran. Dia bercakap sesuatu dengan cashier. Dia memandang ke arahku kemudian tersenyum. Dia menghulurkan sekeping not lima puluh ringgit.

Setelah selesai, dia berjalan ke arahku.

“Jom balik.”

“Okey. Apa yang Iz sembang dengan cashier tadi. Bukan main mesra lagi.” Tanyaku penuh curiga.
Sambil ketawa, “Lyn cemburu ya?”

“Mestilah.” Aku memandangnya mohon penjelasan.

“Dia cakap suara Iz best tadi. Bertuah awek yang pakai baju biru tu.”

“Betul?”

“Betul. Lagi satu, kita dapat diskaun 15% sebab Iz dah hiburkan pengunjung yang datang malam ni. Puas hati sayang?” usiknya sambil mencuit hidungku.

Aku terperanjat. Mak aiih... Ni dah melebih ni. Sesuka hati anak kucing jiran sebelah umah dia je nak cuit hidung aku. Bukan calang-calang orang boleh sentuh anggota badan aku ni. Hanya suami aku sahaja. S.U.A.M.I.

“Apa ni Iz? Main cuit-cuit hidung pulak. Tak suka la macam ni. Iz tahu kan prinsip Lyn?” Sambil memuncungkan mulutku tanda protes dengan sikapnya sebentar tadi.

“Okey. Sorry sayang. Iz tak sengaja tadi. Iz geram sangat tengok tadi.”

Aku mencebik.
Sorry okey. Iz janji tak buat lagi.”
Promise?

“Ok. Promise.” Sambil angkat tangan gaya buat janji.

“Dahla tu. Senyum sayang. Tak comel la buat muka macam tu.”

Aku kemudiannya terus senyum. Aku memang tak dapat nafikan, dia memang pandai memujuk.

Mungkin ada yang akan kata aku ni kolot sebab benda-benda macam ni pun nak marah. Tapi bagi aku, matlamat tak menghalalkan cara. Aku sebolehnya akan memelihara batas pergaulan kami. Selagi belum ada ikatan yang sah, selagi tu dia belum halal buat kita. Sejak kami melafazkan kata cinta, tidak pernah sekalipun aku izinkan dia pegang tanganku malah bergambar berdua pun tak pernah.

Aku masih terngiang-ngiang pesanan emak sebelum dia pulang balik selepas menghantarku ke UKM pada pertama kali dulu.

“Emak nak Lyn belajar bersunggu-sungguh. Jangan sibuk nak bercinta sampai abaikan pelajaran. Lyn harapan keluarga. Jangan hampakan mak dan ayah. Bila dah habis belajar nanti, bercintalah Lyn. Masa tu, tak ada siapa pun akan halang….Lagi satu mak nak pesan, kita ni perempuan, jaga batas-batas pergaulan, sendiri jaga diri, maruah diri, jangan sampai orang fikir kita ni terlalu murah. Ingat pesan mak ni.”

Ya mak.. Lyn ingat. Cuma…. Lyn tak dengar kata mak. Lyn bercinta. Maafkan Lyn mak. Maafkan Lyn. Tapi Lyn akan tetap jaga maruah diri Lyn mak. Lyn jaga batas pergaulan Lyn. Lyn janji mak. Hanya suami Lyn yang berhak sentuh Lyn. Itu janji Lyn mak.

“Lyn.. Termenung ya. Masih marahkan Iz?”

Lamunanku terhenti.

“Takdelah Iz. Tiba-tiba Lyn teringatkan mak.” Jawabku ringkas.

“Lyn tahu tak kenapa makin hari, Iz makin saaaayang dekat Lyn.”

“Tahu.”

“Kenapa?”

“Sebab Lyn ni comel,cute, manja. Suka buat Iz ketawa dengan lawak-lawak bodoh Ly. Kan? Iz kan selalu beritahu Lyn. Betul tak?”

“Betul tu sayang. Tapi ada satu yang Lyn lupa nak cakap.”

“Apa dia?”

“Sebab Lyn ni macam budak-budak.” Ketawanya pecah.

“Amboii… Kemain mengata Lyn ya.”

“Okey gurau je. Sebenarnya Iz kagum dengan Lyn. Sebabnya Lyn ni pandai jaga diri. Tak macam perempuan-perempuan yang Iz kenal. Macam tadi, Lyn marah bila Iz cuit hidung Lyn padahal Iz bukannya sengaja pun. Lyn tak bagi Iz sentuh Lyn apatah lagi nak pegang-pegang tangan Lyn. Kalau perempuan lain, mesti dah tak kisah. Malah ada yang mengada-ngada pulak terhegeh-hegeh pegang tangan boyfriend macam nak tunjuk dekat dunia yang dia sorang je bercinta.”

Bukan main panjang lagi dia duk puji aku. Rasa macam kembang semangkuk pun ada jugak. Hahaha.

“Amboiii.. Lyn tak macam perempuan-perempuan lain ya. Berapa ramai perempuan yang Iz kenal ni?” Kataku sambil menekan pada perkataan perempuan-perempuan tu.

“Eh ke situ pulak dia. Iz cakap ikhlas tau. Tak main-main. Jangan nak cemburu tak tentu pasal pulak.”

“Yelah kan. Manalah tau, tiba-tiba Lyn ni bermadu tanpa Lyn sedar.”

Wajahnya tiba-tiba berubah.
“Sayang….”

“Ya.. Okey.. Okey..Lyn gurau je.”

Aku senyum kepadanya..

“Jom balik Iz. Kereta ni dari tadi tak jalan lagi rupanya.” Baru perasan yang kami rupanya masih dalam kereta tempat parkir tadi.

“Tau pun. Tu lah, merajuk lagi.”

Ketawa kami pecah tanpa disuruh.

Kereta kami kemudian berlalu pergi. Aku memandang jauh ke dan tempat kami makan tadi dengan meninggalkan kenangan yang cukup indah. Kenangan yang tak mungkin aku lupakan.

bersambung......

Thursday, December 15, 2011

6 : Selangkah Menuju Cinta


Kelihatan sebuah kereta kelisa kuning berhenti di hadapanku. Aku menanda muka surat terakhir novel yang dibaca tadi lalu bangun menuju ke kereta itu. Faiz tersenyum kepadaku. Aku membalasnya. Faiz mengisyaratkan agar aku masuk.

“Dah lama Lyn tunggu tadi?” Tanya Faiz.

“Takde la lama sangat pun. Dalam 10 minit camtu.” Jawab Fazlyn.

“Maafkan Iz ya. Iz ingatkan Lyn siap lambat. Bukan ke biasanya orang perempuan ni bersiap lama. Nak make up sana, make up sini. Kan?” Tanyanya sambil memasukkan gear dan kereta pun bergerak.

Aku gelak. “Hahaha.. Tak semua perempuan macam tu la Iz.”

“Itu lah, rupanya sangkaan Iz selama ni silap. Lyn ni pelik la. Lain dari yang lain. Lyn memang tak suka make up eh?”

“Ha,ah. Lyn tak suka la make up lebih-lebih. Bagi Lyn, cukuplah sekadar pakai bedak. Pakai bedak Johnson tu pun dah cukup Iz. Lagipun, Lyn tak suka buat orang tertunggu-tunggu tapi Lyn tak kisah kalau tunggu orang.” Jawabku sambil memandang Faiz di sebelah yang ternyata tersenyum meleret.

Masing-masing menyepikan diri. Hanya kedengaran suara dj di radio. Mungkin sebab ini pertama kali kami keluar berdua. Jadi agak kekok sedikit.

Setelah setengah jam pemanduan, akhirnya Faiz membelok ke kiri. Kelihatan signboard besar Restoran Tasik Idaman. Kami memasuki tempat parking. Tempat ini penuh dengan kereta-kereta. Ini adalah pertama kali aku sampai di sini. Ramai pengunjung yang dah datang sebelum kami. Suasananya cukup meriah, ada dj di sebelah sana. Restoran ni berhampiran dengan tasik. Mungkin sebab tu la kot namanya Restoran Tasik Idaman.

Kami berjalan beriringan mencari tempat. Pada asalnya kami pilih untuk duduk di tempat yang terapung tu, tapi tempat tu dah full, jadi kami memilih tempat di pondok yang menghadap tasik. Pondok ini menggunakan atap rumbia.

Seorang pelayan datang ke tempat kami untuk ambil pesanan.
“Selamat datang. Nak order apa?” Sambil meletakkan kertas menu di hadapan kami. Setelah membelek beberapa kali menu tu, dia membuat pesanan.

“Nasi goreng sotong satu, jus tembikai satu. Lyn nak makan apa?”

“Entahlah Iz. Tak tahu nak makan yang mana. Nampak macam semua pun sedap-sedap je.” Sambil tersenyum.

Sebenarnya aku terkejut bila tengok harga kat menu list tu. Nasi goreng yang biasa aku makan dengan harga RM3 tu kat sini RM8. Bapak punya mahal.

“Kalau Iz yang pesan je okey?”

“Ehmm.. Boleh jugak.”

“Apa menu baru kat sini?” Tanya Faiz pada pelayan tadi yang ternyata masih setia menunggu.

“Hari ni kita ada nasi nenas indah rasa. Kita ada nasi putih, ada rasa nenas sebab kita masukkan sekali nenas, lepas tu kita ada ikan cencaru goreng. Dan lagi satu menu tambahan telur dadar. Abang dan akak boleh juga tambah tomyam atau sup.” Terang budak tadi penuh bergaya semata-mata nak promote menu baru restoran tu.

“Macam mana Lyn, nak cuba tak?” Faiz ingin mendapatkan keputusanku.

“Boleh la.”

“Tom yam atau sup?”

“Tom yam.. Kalau boleh tomyam ayam ya.”

“Okey kak. Minum?” Jawab budak tadi sambil menulis sesuatu pada buku pesanan.

“Bagi saya jus kiwi.”

“Okey. Ada apa-apa lagi nak order?”

“Takde. Tu je.”

Budak tu pun berlalu pergi.
Sedang asyik kami berbual, tiba-tiba kedengaran suara dj dekat hujung sebelah sana.
“Sekarang, saya menjemput mana-mana pengunjung yang ingin menunjukkan bakat masing-masing. Bagi yang pertama kali berkunjung ke Restoran Tasik Idaman, selamat datang kami ucapkan. Kami ada menyediakan karoke bagi sesiapa yang berminat.

Mungkin ada antara kamu yang ingin meluahkan isi hati kepada pasangannya malam ini, mungkin ini adalah peluang yang terbaik. Apa kata yang berbaju hitam di bawah pondok beratap rumbia sana bersama si gadis kecil molek berbaju biru itu.” Ucap Dj itu sambil menunjukkan kea rah kami.

Semua mata tertumpu ke arah kami. Mereka bertepuk tangan dan bersorak. Aku menjadi tidak keruan. Aku memandang Faiz. Dia kelihatan tenang, masih mampu tersenyum. Kemudian dia bangun dari kerusinya. “Iz nak ke mana tu?”

Something special for you sayang.” Dia sempat mengenyitkan matanya kepadaku sebelum berlalu pergi.

bersambung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Terpelihara

Ini adalah blog peribadi. Setiap karya dan penulisan dalam http://inilzazain.blogspot.com/ adalah hasil daripada penulis ini sendiri. Adalah tidak dibenarkan sama sekali digunakan oleh sesiapa untuk menggunakan bahan dalam blog ini di muat turun, dicetak mahupun dipaparkan dalam blog kecuali dengan keizinan penulis ini sendiri. Terima kasih dan Salam Sayang dari Inilza Zain.