Tuesday, December 20, 2011

8 : Selangkah Menuju Cinta


Hubungan aku dengan Faiz semakin dicemburui teman-teman rapatku. Walaupun kami jarang bertemu atau berdating, tetapi kami sentiasa berhubung antara satu sama lain. Dalam tak sedar, hubungan kami hampir 2 tahun. Begitu cepat masa berlalu.

Suatu malam, Faridah datang ke bilik aku. Sudah menjadi kebiasaan bagi warga asrama untuk berkunjung ke bilik rakan untuk bersembang habiskan masa dan jajan yang memang menjadi kegemaranku sejak dari dulu lagi. Kunjungan malam itu bukanlah seperti kunjungannya yang sebelum ni kerana kali ini, Faridah datang dengan membawa satu berita yang kurang menyenangkan gegendang  telingaku.

“Ooii Lyn, aku dengar si Faiz tu dah ada awek, betul ke?” Tanya Faridah yang entah dari mana dapat berita tu mengalahkan astro Awani punya berita.

“Entahlah Eda, aku pun tak tahu lah pulak si Faiz tu dah ada awek. Yang kau duk Tanya aku ni kenapa. Kau pergilah Tanya mamat tu sendiri.” Jawabku sambil tersenyum-senyum yang kononya akulah yang dimaksudkan Eda tu.

“Alah.. Aku tanya kau sebab aku tahu kau kan rapat dengan dia. Manalah tau kot-kot dia ada cerita pasal awek dia tu. Aku dengar-dengar la orang duk cakap awek dia tu teman sekampung dia. Tapi tak tahulah betul ke tak kan. Aku cuma dengar kawan-kawan duk bercerita je kat kelas tadi.”

Wajahku mula berubah, sangkaanku yang awek Faiz adalah aku tu salah. Tapi ternyata, tekaanku itu meleset. Siapa gadis yang dimaksudkan oleh Faridah tu? Aku perlu mendapatkan penjelasan dari Faiz.

Perbualanku dengan Faridah berakhir di situ. Afikah kebetulannya pulang ke rumah malam itu. Aku keseorangan di bilik. Malam tu juga, aku bertekad untuk bertanyakan hal yang sebenar kepada Faiz. Sejak kedatangan Faridah, fikiranku menjaditidak tenang. Aku asyik memikirkan siapakah gerangan gadis itu. Adakah benar ataupun hanyalah gossip semata-mata.

Kemudian, aku mencapai handphone lalu menghubungi Faiz.
“Iz.. Tadi Eda ada datang bilik Lyn. Dia sibuk duk tanyakan pasal Iz. Prihatin benar dia dekat Iz kan.”

“Sayang, apa yang awak duk merepek ni? Sayang cemburu eh?”

“Takdelah. Jangan harapla Lyn nak jelez okey. Haa.. Tadi kan, Eda ada cakap yang Iz dah ada awek. Teman sekampung Iz pulak tu. Betul ke Iz?” Tanyaku tanpa berselindung pape.

Talian di sebelah sana tiba-tiba sepi tanpa suara. Aku menjadi hairan. Dah putus ke?

“Iz.. Iz dengar tak Lyn tanya ni? Iz.. Iz..” panggilku. Kemudian,kedengaran suara sebelah sana.

“Lyn, Iz nak minta maaf dengan Lyn, Iz tak berniat nak tipu Lyn.”

Jawapannya itu membuatkan kakiku lemah, tubuhku longlai. Apakah makna jawapannya itu. Bukankah bererti yang apa yang aku dengar dari mulut Eda adalah benar belaka. Aku terdiam. Lidahku kelu, walaupun ketika itu terlalu banyak yang ingin aku ucapkan kepadanya, namun mulutku terkunci rapat bagai digam dengan gam cap gajah.

“ Lyn, dengar dulu penjelasan Iz.. Iz bukan sengaja nak rahsiakan perkara ni dari Lyn, Iz tersepit. Iz tak boleh nak buat pape. “

Suaranya masih lagi di hujung talian. Aku? Aku juga masih lagi di sana. Duniaku menjadi gelap serta merta. Aku tak sanggup nak menyahut sebarang pertanyaannya. Makin lama, suaranya kedengaran makin jauh. Aku terus menekan butang merah dan tanpa disuruh, sinar jernih keluar dari kelopak mata. Aku menukar mode telefon kepada mode senyap.

Dalam diam, aku menangis. Menangisi akan nasib diri yang ditipu bulat-bulat oleh kekasih hati sendiri yang selama ini berjanji untuk sehidup semati. Malam itu, aku tidur bertemankan air mata. Entah jam berapa aku terlelap, aku sendiri tidak pasti.

Pagi itu, bila bangun je dari tidur, mataku bengkak. Jika rakan yang lain tengok, sudah pasti mereke sendiri dapat meneka yang aku menangis malam tadi.

Usai solat subuh, aku mengambil telefon dan melihat terdapat 40 missed call dan 20 sms dari Faiz. Aku membacanya satu persatu.

~syg.. I’m sorry.. Maafkan Iz yer..~

~Syg. Dgr dulu penjelasan Iz.~

~Lyn.. jawablah panggilan Iz~

~Maafkan Iz~

~Iz tak sengaja tipu Lyn. Iz tersepit~

~Syg. Pleaseeeee!!~

            Aku membiarkan semua sms tu tak berbalas. Walaupun hati terlalu ingin mengetahui akan hal yang sebenar, namun aku sendiri tak sanggup nak mendengar penjelasan dari Iz seandainya penjelasan itu begitu menyakitkan hati. Aku tidak sanggup.

                Dua hari aku mendiamkan diri dari Iz. Aku membiarkan semua pangilannya tak berjawab, Sms nya tak berbalas. Aku tidak bertemu dengannya walaupun ketika makan di cafe. Sungguh aku masih lagi belum bersedia untuk mendengar penjelasan darinya.

“Lyn..Aku rasa kau kena dengar penjelasan dari Faiz dulu. Kau tak boleh macam ni. Kau kena dengar dulu apa Faiz cakap, jangan kau seksa diri kau macam ni. Aku kesian tengok kau. Dulu kau tak macam ni. Dulu kau happy je. Tapi sekarang tengoklah, kau monyok je. ” Tegur Ika suatu hari .

     “Entahlah Ika, aku takut nak hadapi hakikat sebenar. Aku takut kalau hempedu yang akan aku kena telan nanti.”

            “ Kau tak boleh cakap macam ni. Kau belum tahu kebenarannya. Jadi belum pasti benda tu madu atau hempedu. So please Lyn, dengar dulu penjelasan Faiz.” Jelasnya lagi bersungguh-sungguh.

Aku termenung sendirian. Buku di atas meja study itu langsung tidak ku sentuh. Apatah lagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah itu. Aku memandang tepat ke arah teddy bear hadiah daripada Faiz ketika hari lahirku yang lepas. Benar kata Ika, aku perlu dengar penjelasannya. Walaupun pahit yang terpaksaku telan, aku terima.

            Petang itu, aku bertemu dengan Faiz. Apabila sampai di kerusi batu belakang cafĂ©, aku melihat dia duduk di situ sambil termenung jauh. Dia berpakaian agak ringkas dengan seluar track bottom dan t-shirt berwarna putih. Kelihatan kemas walaupun ianya agak simple.

            Aku tiba di sana dan mengambil tempat di hadapannya. Aku duduk tanpa memberikan sebarang senyuman pun kepada dia. Masing-masing diam. Mungkin tak tahu siapa yang patut mulakan dulu. Aku memandang jauh ke arah manusia yang lalu lalang di situ langsung tidak mempedulikan dia dihadapan ku ketika itu.

            Kemudian, Faiz mula bersuara. Akhirnya, suara yang ku rindui itu kedengaran jua.
            “Lyn.. Iz tahu Lyn marahkan Iz. Tapi, Iz harap Lyn dengar dulu penjelasan dari Iz. Jangan seksa Iz macam ni Lyn.” Ucapnya.

            “Itulah sebab kita berada kat sini petang ni Iz. Lyn nak dengar penjelasan dari Iz. And you can start your explanation now Iz” Jawabku.

            “Ya. Memang benar apa yang Lyn dengar daripada Eda. Iz dah ada awek, teman sekampung Iz. Tapi Iz tak sayangkan dia macam Iz sayang Lyn. Kitorang kenal sejak dari tingkatan 4 lagi. Dulu memang Iz sayangkan dia, tapi sekarang Iz dah ada Lyn. Lyn lagi memahami Iz berbanding dia. Lyn dengan dia berbeza. Dia suka mengongkong Iz. Iz dah takde perasaan pada dia lagi. Iz sayangkan Lyn.. Tapi…” kata-katanya terhenti di situ.

            “Tapi apa Iz?”

            “Tapi Iz tak boleh nak putus dengan dia. Kedua-dua family harapkan kami bersama. Mak dan ayah Iz pun dah kenal dia, family dia. Iz tak boleh buat pape Lyn, Iz tersepit. Iz sayangkan Lyn. Iz tak nak kehilangan Lyn”

“Tapi sampai bila Iz kita nak macam ni. Lyn tak rasa pun hubungan kita ni akan sampai ke mana. Walaupun Iz sayangkan Lyn, tapi family Iz harapkan Iz dengan budak tu kan. So?”

“Iz tahu. Tapi Iz tersepit Lyn. Harap Lyn faham. Iz tak nak kehilangan Lyn.” Ucapnya dengan nada merayu. Kelihatan matanya mula berkaca.

“Macam nil ah Iz. Lyn bagi Iz masa untuk buat keputusan. Iz boleh pilih sama ada Iz nak dia mahupun Lyn. Hope by tomorrow, I’ll get my answer. Jangan hubungi Lyn selagi Iz takde jawapannya.” Aku memberikan kata putus. Walau apapun yang berlaku, aku mesti dapatkan jawapannya. Aku tak meletakkan harapan yang tinggi namun aku masih berharap akulah yang akan jadi pilihannya nanti.

            Aku bangun lalu meminta diri untuk pulang. Sebelum kami berpisah, aku sempat bertanya kepadanya, “Iz, kenapa masa mula-mula kita kenal dulu Iz tak pernah ceritakan pasal ‘dia’?”

            “Sebab Lyn tak pernah tanya. Lagipun, Iz memang nak lupakan dia. Cuma Iz tak boleh. Iz tersepit.”
            Aku berlalu meninggalkannya yang kelihatan mengeluh di atas kerusi batu itu. Mungkin aku telah meletakkan dia pada tahap yang kerana terpaksa membuat pilihan seperti ini.

            Di dalam bilik, Afikah kelihatan khusyuk sedang melayan drama korea yang tengah famaous sekarang iaitu drama Dream High. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik, dia menoleh ke belakang dan memandangku dengan seribu persoalan di wajahnya.

            “Macam mana, kau dah jumpa Faiz? Dia cakap apa?” Tanya Ika.

            “Dah.” Jawabku sepatah. Aku terus duduk di atas katil dan dalam diam, air mata mula mengalir. Aku tak dapat menahannya lagi. Ika dating duduk di sebelahku dan memegang tanganku.

            “Ceritalah Lyn, aku kenal kau. Kau tak boleh simpan kesedihan kau ni. Kau luahkan pada aku, aku sedia mendengarnya. Kita dah lama kenal kan.” Pujuknya.

            “Aku dah tanya dia Ika. Benar apa yang aku dengar dari Faridah. Dia tipu aku. Dia memang dah ada kekasih sebelum ni. Aku tak sangka aku ditipu hidup-hidup Ika. Diorang dah bercinta sejak dari tingkatan 4 lagi. Lama tu Ika berbanding dengan hubungan aku dengan dia. Aku dah buat keputusan, aku minta dia buat pilihan samada mahukan aku atau perempuan tu. Aku tak kisah apa yang berlaku lepas ni Ika. Aku pasrah.” Terangku sambil menangis dan terus memeluk Ika. Dialah tempat aku meluahkan segala-galanya. Di saat aku susah, senang. Ika sentiasa ada di sisi aku.

            Dua hari aku tidak mendapat sebarang berita dari Faiz. Sukar agaknya nak buat pilihan. Sedang asyik aku menyiapkan tugasan yang diberikan, telefonku tiba-tiba berbunyi. Nama “spongebob” tertera di skrin telefonku. Dengan penuh debaran, aku menekan butang yang berwarna hijau.

            “Assalamualaikum..” kedengaran suara di sebelah sana.

            “Waalaikumusalam..” Jawabku sepatah.

            “Lyn sihat? Iz dah ada jawapan untuk soalan Lyn”.

            “Sihat. Baguslah Iz. Dah lama Lyn tunggu jawapan dari Iz.”

            Namun, agak lama dia menyepi. Tiada sebarang suara dan bunyi. Aku yakin yang dia masih berada di sana. Mungkin dia tak tahu macam mana mahu memulakannya. Kali ini aku betul-betul pasrah ya Allah. Apapun keputusannya, aku terima. Aku anggap ini takdirMu ya Allah. Aku memejam mata rapat-rapat.

            “Lyn.. Iz nak minta maaf. Iz betul-betul sayangkan Lyn, tapi Iz terpaksa. Iz tersepit antara family dan hati Iz sendiri. Iz tak boleh nak kecewakan mak. Iz kenal mak Iz, bila mak dah cakap hitam, maka hitam lah. Takkan jadi putih lagi Lyn. Lagipun, mak yang besarkan Iz selama ni. Tak mungkin Iz akan abaikan dia. Iz minta maaf.” Terang Faiz.

            “Takpelah Iz, itu pilihan Iz. Lyn terima dengan hati yang terbuka. Lyn anggap itu semua takdir Tuhan. Cuma Lyn kecewa dengan sikap Iz yang tak berterus terang. Hubungan yang kita bina tiada kejujuran sejak dari awal lagi Iz. Lyn paling tak suka penipu Iz. Tapi nak buat macam mana, semua dah berlaku.” Ujarku lagi.

            “Lyn, jangan perli Iz macam tu. Iz tahu salah Iz dan Iz dah minta maaf kan. Iz tak harap hubungan kita akan berakhir macam ni. Iz harap, lepas ni kita still kawan. Jadi kawan yang macam mula-mula kita kenal dulu. Boleh janji dengan Iz?”

            “Entahlah Iz, Lyn tak janji yang kita masih boleh jadi macam dulu. Lyn tak janji.” Jawabku. Aku sendiri tak pasti samada aku masih boleh menganggapnya kawan seperti sebelum ni dengan apa yang telah dia buat, aku tak pasti. Aku tak mampu. Biralah masa yang menentukannya.

            “Iz faham kalau Lyn tak nak berkawan dengan Iz. Iz tahu Iz langsung tak layak di maafkan.”

            “Entahlah Iz, berikan Lyn masa. Walau apapun, jagalah dia dengan baik. Lupakanlah hubungan yang pernah kita bina ni. Sayangilah dia dan jangan sakiti hatinya. Jangan buat dia macam apa yang Iz dah buat dekat Lyn.”

            “InsyaAllah. Terima kasih Lyn. Sekali lagi maafkan Iz.”

            Aku mengesat air yang mula mengalir tanpa disuruh itu sambil berkata, “Okeylah Iz, thanks for everything we had together till this time. Take care.

            Kedengaran esakan di hujung talian. Faiz juga sebak barangkali. “Baiklah Lyn, Lyn pun jaga diri tau. Kalau sakit, jangan lupa makan ubat. Makan nasi tu banyak-banyak tau. Iz akan rindukan pipi comel Lyn tu. Take care sayang. I’m gonna miss you.

            Perbualan kami berakhir di situ. Dengan panggilan dari Faiz itu, maka  I’m officially single.

            Sebuah hubungan yang aku bina hampir 2 tahun itu akhirnya lenyap begitu sahaja. Benarlah kata orang tua, hubungan yang bermula tanpa kejujuran, takkan ke mana.

            Tiba-tiba..

bersambung.....

p/s: Maaf andai kekurangan. Saya budak baru belajar menulis.

1 comment:

PReDicToR said...

lame x berupdate nei...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Terpelihara

Ini adalah blog peribadi. Setiap karya dan penulisan dalam http://inilzazain.blogspot.com/ adalah hasil daripada penulis ini sendiri. Adalah tidak dibenarkan sama sekali digunakan oleh sesiapa untuk menggunakan bahan dalam blog ini di muat turun, dicetak mahupun dipaparkan dalam blog kecuali dengan keizinan penulis ini sendiri. Terima kasih dan Salam Sayang dari Inilza Zain.